Krew Apollo 11. (Dari kiri ke kanan) Neil Armstrong, Michael Collin, dan Edwin "Buzz" Aldrin. 1969, NASA
Apollo 11 pula adalah penggerak visi aku. Aku seorang yang muda dan tidak melalui dekad yang menjadi sumber pemula pergerakan penjelajahan angkasa ini (Penghujung 1950’an sehingga akhir 1960’an) tetapi setiap kali aku mentela’ah buku serta artikel dan wacana mengenai Projek atau Program Apollo yang berlaku pada tahun 60’an, hati aku akan berlumba kencang merasai keghairahan tersebut, sepertimana yang dirasakan oleh masyarakat dan pekerja di institusi yang mengendalikan projek berkenaan. Apa yang nak dihairankan, program angkasa dengan visi yang kedengaran semacam fantasi sains fiksyen kurun ke 18, memang patut pun ada sebab ianya diraikan.
Dengan karya Jules Verne “From The Earth To The Moon” sebagai aspirasi, ianya menjadi realiti di bawah Program Apollo pada tahun 1960’an. Misi pendaratan manusia pertama ke permukaan bulan, dengar saja pun dah berbunyi semacam mimpi. Menjelajah ke ruang angkasa yang penuh dengan ketidakpastian, meninggalkan orbit bumi, mengharungi jarak sejauh hampir 400,000 kilometer untuk ke bulan, dan cuba untuk menjejakkan kaki di permukaannya, serta berjaya di dalam proses yang amat sukar itu. Memang hebat!
Bagi aku yang menghargai ketekunan saintis dan pencapaian setiap daripada mereka yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan, adalah sumber inspirasi terbesar aku.
Kehangatan pelancaran misi Apollo 11 di paparan muka depan suratkhabar The Daily News, 1969.
Apollo
11 adalah pemula untuk segala yang akan datang. Julai 16, 1969, roket gergasi
yang setakat ini masih mengepalai segala roket yang pernah diciptakan oleh
manusia, iaitu Saturn V, telah meledakkan kuasa letupan sekuat gegaran bom hidrogen
dan bom atom yang pernah digunakan ke tahap kuasa pembinasaan ketika perang
dunia kedua, dijanakan untuk sesuatu yang amat mulia, walau sebagaimana sengit pun
persaingan itu yang bermula hanya kerana perselisihan pandangan politik dan
idea. Pelancaran misi bersejarah tersebut membawa 3 angkasawan Amerika menuju
ke bulan untuk menjayakan objektif utamanya: Pendaratan manusia pertama di permukaan
bulan.
Bagi aku, cerita tersebut yang kita ketahui fakta dunia nyata, masih amat mengagumkan aku sehingga kini. Ianya juga antara faktor aku menjadi seorang yang berimpian terhadap kejayaan kolonisasi umat manusia di permukaan bulan, membaca serta mendalami subjek sains angkasa selepas minat aku terhadap subjek Apollo membawa aku ke seorang komunikator sains (science communicator) yang turut berjasa dalam kejayaan eksplorasi angkasa NASA dan mempopularkan subjek sains secara jitu, iaitu Carl Sagan.

Carl Sagan, dilihat bersama model sistem solar dalam rakaman siri TV "Cosmos" pada tahun 1980'an.
Beliau adalah komunikator serta penggerak popularisasi sains (science popularizer) di Amerika Syarikat. Beliau cukup dikenali melalui penulisannya yang seakan-akan novelis cinta dan sebuah sajak yang cukup menyimpul Bahasa serta kosa katanya, tetapi dalam fokus sains. Beliau juga banyak berjasa dalam meletakkan NASA dan agensi sains seangkatan dengannya untuk lebih dekat bersama orang awam dan umum, mempromosikan kebaikan sains di kalangan masyarakat kini, dan sekaligus mengubah pandangan umum mengenai institusi sains yang selalu dikaitkan dengan pembaziran wang untuk sebuah kajian jurnal dan makmal, menjadi sesuatu yang dilihat mulia dan saranan beliau buat kerajaan untuk perbelanjaan besar demi kebaikan institusi tersebut, menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang awam.
Ini semua mustahil akan berlaku jika tidak kerana kehebatan beliau melihat intipati subjek sains secara filasuf (philosophy) berkait rapat dengan realiti di mana manusia akan bergerak tanpa pengkhususan sains dalam kehidupan seharian dan masa akan datang. Beliau juga sedar, dalam konteks sains angkasa yang beliau julang sebagai sumber aspirasi beliau sendiri untuk berkecimpung sebagai saintis yang menyebabkan beliau dikenali ramai, agenda terpenting baginya adalah untuk mengangkat kesedaran peradaban manusia kini untuk menghargai planet bumi, melihat betapa kecil dan sekelumitnya mereka di perspektif sistem solar, dan kegelapan angkasa yang tiada penghujungnya sebagai suatu isyarat yang sangat penting untuk kelangsungan masa depan umat manusia.
Beliau adalah penyokong, serta tulang belakang dalam pergerakan penjelajahan manusia untuk menjelajah sistem solar, bermula daripada langkah kecil seperti mengorbit bumi, dan perancangan teliti untuk koloni manusia di bulan. Ini semua boleh dikirakan sebagai plan jangkamasa panjang beliau dalam usaha untuk manusia terus berkembang, dan selamat untuk terus bergenerasi daripada keselesaan jangkamasa pendek mengenai ancaman yang sentiasa dihadapi oleh peradaban manusia di bumi kini. Dengan langkah sekecil itu jika diukur dalam terma alam semesta, sememangnya mampu memberikan generasi akan datang untuk terus selamat tanpa diancam kepupusan, mengemudi manusia untuk menjelajah sistem solar, seterusnya mengembara galaksi untuk keabadian spesis manusia, mungkin, buat selama-lamanya.
Visi dan gambaran aku mengenai koloni bulan yang akan menjadi tempat persinggahan manusia kelak. Ianya juga boleh dikatakan sebagai pelabuhan untuk pelayaran ruang angkasa serta koridor ekonomi baru dunia yang mungkin akan membuka ruang baru di dalam subjek sains, serta penemuan dunia baru.
Impian
aku mengenai koloni bulan yang aku gelarkan sebagai “Dunia Kedua” lahir dari
situ. Ilhamnya juga turut sama dipengaruhi oleh kegusaran Carl Sagan dalam isu
yang sama. Aku tahu ianya berbunyi seperti runut cereka sains-fiksyen, tetapi,
bayangkanlah, Apollo juga dulu tak lebih daripada sekadar imaginasi
sains-fiksyen sebagaimana penciptaan roket dan industri yang menjadikan semua
yang dikira mustahil dulunya, adalah sebuah kenyataan kini.
Jadi aku rasa, tiada salah bukan untuk aku berimpian besar melihat kolonisasi bulan di masa depan yang akan merubah lanskap kehidupan manusia selamanya? Siapa tahu bulan yang kita lihat sekarang adalah penempatan lengkap manusia era baru iaitu bagi golongan penjelejah planet, bulan adalah pelabuhan internasional terulung manusia untuk penjelajahan planet. Harapan aku sejurus itu adalah kewujudan industri baru yang akan mengangkat integrasi manusia berbilang kaum serta kepercayaan untuk terus mengembara daripada planet ke planet, dan tersebarnya umat manusia di segala pelusuk sistem solar, yang akhirnya memberikan peluang kepada bumi kita sekarang untuk dijaga sebaik mungkin setelah kita berjauhan dengannya samada seketika atau selamanya untuk sesetengah pihak, andainya pelabuhan angkasa dimetrai di koloni bulan benar-benar terlaksana.